Sunday, October 5, 2008

Pagi 1 Syawal 1429H

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar,
LailahaillallahuAllahuakbar,
Allahuakbar walillahilham...

Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menyambut Ramadhan dan Syawal 1429H pada tahun ini. Walaupun jauh di perantauan, Syawal tetap disambut dengan penuh ceria (walaupun sebak rindukan keluarga, sedara-mara dan sahabat-handai di tanah air). Pagi 1 syawal, kami bersiap awal untuk sembahyang aidilfitri di Malaysia Hall. Suasana pagi teramat syahdu, mengenangkan keluarga yang jauh di mata. Namun senyuman tetap terpahat di wajah, apabila melihat Iman Raziq dan Iman Nuryasmin bergelak ketawa, bersuka ria dan menyanyi lagu raya (ikut lagu raya yang di pasang di komputer). Sebelum ke Malaysia Hall, kami sekeluarga sempat bergambar dan bermaaf-maafan. Walaupun tiada kemaafan yang perlu dipohon oleh isteriku, namun air mata tetap mengalir memohon ampun dan maaf. Terima kasih kepada Pak Ngah (Fitri), sebab hadiahkan kami sekeluarga sepasang baju melayu/kurung yang sangat indah dan cantik.





No comments: