Sunday, November 30, 2008

A week before departure

Entry kali ni nak cite pasal aktiviti yang kitorang buat seminggu sebelum pulang bercuti. Tak dapat nak buat research sangat sebab kepala bile makan pon terasa macam tengah makan kat Sate Kajang Samuri, Seafood kat Tanjung Lumpur... Kalau tengah tengok TV pon rase cam tengah tengok ASTRO. Parah tu... memang tepat masanye kitorang balik bercuti. Ni antara aktiviti yang kitorang buat sepanjang cuti hujung minggu kat sini...

Ni gamba masa tengah berjalan-jalan kat Fox Studio. Kalau ikut kata wikipedia: Fox Studios Australia is a major movie studio located in Sydney, Australia, occupying the site of the former Sydney Showground at Moore Park. Since opening in May 1998, the studio has been involved in the production of a number of blockbusters, including The Matrix, Moulin Rouge, Mission Impossible II, Star Wars Episode II, Star Wars Episode III and Superman Returns. Cam hebat je bunyinye kan...


Balik dari Fox Studio, berjalan pulak ke Watson Bay. Ingat nak jalan-jalan je, tapi disebabkan cuaca agak sejuk tak sejuk sangat, panas tak panas sangat, terus Iman Raziq dengan Iman Nuryasmin terbukak baju diorang sendirik dan berlari-lari ke tepian pantai. Hehe... Nyesal tak bawak baju mandi sekali, terpaksa la tengok diorang je mandi.



(Buang tebiat ke semayang dalam laut???)

Hari Ahad, kitorang berehat sambil berpiknik kat Centennial Park. Ramai sungguh orang hari ni. Mungkin sebab cuaca amat sesuai untuk berpiknik dan disebabkan nak masuk bulan Krismas ni, ramai yang dah bercuti.




Selalu banyak gamba Sal je, kali ni gambar teman pulak iye...



12 comments:

Anonymous said...

Uit, seronok tu jln2 :D tak beli souvenir ke?

kalau ko bwk bj mandi, adakah gambar ko sedang menggunakan seluar mandi? nasib baik tak bwk... hehehehe

yosh! nnt belikn aku cd command & conquer: read alert 3. aku pos dkt aku ek

Sazly Salfarina said...

Souvenir... Tak beli ko kata. Kalau tak beli alamat ramai la orang merajuk kat sana nanti. Bila nak balik sini nanti, kene plak beli souvenir dari sana pulak. Gitu la...

Ko tak tengok aku pakai baju mandi lagi. Minah salleh tengok tak berkelip ko. Hahaha... kat sini pakai swimming trunk jer, tade hal nyer.

Beli game ape tu? PSP ke? Kata dah crack, ko donlod je la dari internet. Tanya la Nabil camane nak donlod game dari internet. Nak aku beli tade hal, betul ke?

Lia Sakinah said...

Ko balik msia smpi bila sazly? Agak2 sempat x kitorg jumpe ko sbb kitorg lapor diri 22/12 nih...

Aku tgk si yasmin posing, fullamak... mengalahkan kate moss...hehehe... leh jadi australia's next top model nih...:D

Az Azrinudin Alidin said...

hebat anak ko skrang ek sazly..asik posing jer keje dorg ek..best tul aku tgk korang anak branak

wei balik mesia karang aku nak kirim rokok malboro 20 fliptop box satu kartun..bole tak nih?

Anonymous said...

to sazly:

minah salleh tgk tak berkelip sbb dia tutup mata dia. mn ada berkelip.. wakakka..

aku nk yg pc game. nabil bg aku download psp. red alert takde dlm psp.. huhuhu...

to lia:

uit, sudah lapor diri. sudah viva ka?

to azri:

asyik tgk anak beranak org jer, anak beranak sendiri bila lg? hehehe... kang melepas kang...

Anonymous said...

ni kak has senior sal kat ssp.. family kitorg pun dah lama kenal.. last time kitorg kat melbourne 2001-2002... summer tak balik kl? send my regards to Sal, kay.. tell her sumaisarah is in sydney too..

Oyis said...

sazly, anak ko sungguh posing x hengat dunia... hihi...kiut gitu..

best eh balik msia. aku yg tgh beku kat sini rasa jeles :P

ahj-sd2 said...

oit...... tak try mancing ka?nampak air tue macam best jek.... aku nie kalau kat sana dah gigil dah tangan, hidung mesti berdarah... :) syarat dapat campak umpan jek, ikan tak makan takpa.. yg penting dapat baling umpan.... :p

Nabil said...

wawah..dah nak balik...semoga selamat sampai dan tak terdivert ke siam ^_^

test said...

Kak Has, sal kate dia kenal sangat. InsyaAllah, balik cuti ni time summer la. Saya pon kenal Sumai sarah, dia buat ape kat Sydney. Ade nombo contact dia ke?

Posing model gitu anak2 aku. Ni semua keje mak dia. Tak paham aku.

Gamba yang ade orang mancing tu, sebenanya kat depan dia tu banyak sungguh ikan pari. Semua melekat kat pasir. Sini macam senang dapat ikan, aku tgk orang mancing tu campak2 je ikan balik ke laut. Tak paham jugak aku. Dah tangkap tu, simpan la. Memang hobi korang ek tangkap buang. Nasib baik la aku tak minat sangat mancing nih.

Kalau divert ke siam takde la risau sangat. Menjak 2 menjak ni, rajin pulak aku tengok cite snake on plane. Jangan jadi gitu la. Geli geleman teman weh...

dLyn aZmi said...

waa fox studio.. kite orang plan nak gi sana tp x tersampai.. :(

anyway..
dah kat mesia ni.. sket lagi nak balik tapah..
korang slamat balik ke malaysia yek..
kalau gi mengantar ke parit tuh.. otw balik nak singgah tapah.. bagi tau le ye..
bley gune no nih..
017-8863854..

okes.. take care..
kem salam kat sume!

Ahmad Javanese said...

weh... tak sojuk ke ayer tu....
hehehe

aku pelik a.. asal ayor laut dia orang sejuk? ayor paip pon sojuk gila. time musim panas pon sojuk gak ayor2 tu.

apa teori kau Sazly ?