Sunday, January 25, 2009

Lawan boling

Sabtu lepas, persatuan postgrad kat sini buat lawan bowling. Teringat masa zaman black tutor dulu, selalu main bowling time opis hour. hehe...

Anyway, me & Sal satu pasukan dengan Insan & Lia. Alhamdulillah, kitorang berjaya juga menduduki tempat ketiga berpasukan keseluruhan. Dalam acara individu pulak, hehe... bukan lah antara 3 terbaik, kalau tak dah tentu dah dapat hadiah ye tak. Namun, apa yang membanggakan, Iman Nuryasmin berjaya menjadi juara bagi kategori kanak-kanak dengan jatuhan pin sebanyak 109 gitu. Iman Raziq yang turut bertanding, walaupun berjaya mendapat 100 jatuhan pin, namun hanya mendapat hadiah saguhati je. Kategori kanak-kanak main satu game je, itupun pakai ramp.


Lepas main bowling, pegi makan kat 'Taste of Thai'. Tapi tak lalu sangat makan sebab banyak minum air jer. Panas beb... tengah summer nih, berpeluh tak hingat punye. Time panas kat sini tak lalu sangat makan, tapi kene minum air banyak. Iman Raziq ngan Iman Nuryasmin banyak la minum air putih, tapi mak ayahnye, banyak minum air berkarbonat gitu. Letak pulak ais... perghhh nikmatnye.

Wednesday, January 14, 2009

Sebulan menyepi

Alhamdulillah, sebulan bercuti di Malaysia merupakan tempoh yang paling bermakna sepanjang hidup di Sydney ni. Walaupun banyak keje yang nak kene buat (supervisor bagi le ni) namun cuti tetap cuti. Kesudahannya satu keroje pon tak terusik. Komputer lagi la, sebulan cuti, sebulan tutup komputer. Hehehe... Kepada kawan-kawan, sori la ek sebab tak update-update blog nih.

Banyak aktiviti yang kitorang buat. Tapi yang paling penting, ini lah masa untuk bersama dengan yang tersayang. Tahniah kepada adik Sal (Hasnulhadi) sebab melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya (Sham Zailina).


Ni ada la sikit gambar-gambar sepanjang percutian di Malaysia... Tak banyak sebab tengah bergembira sangat, gambar pon lupe ambik.