Sunday, November 30, 2008

A week before departure

Entry kali ni nak cite pasal aktiviti yang kitorang buat seminggu sebelum pulang bercuti. Tak dapat nak buat research sangat sebab kepala bile makan pon terasa macam tengah makan kat Sate Kajang Samuri, Seafood kat Tanjung Lumpur... Kalau tengah tengok TV pon rase cam tengah tengok ASTRO. Parah tu... memang tepat masanye kitorang balik bercuti. Ni antara aktiviti yang kitorang buat sepanjang cuti hujung minggu kat sini...

Ni gamba masa tengah berjalan-jalan kat Fox Studio. Kalau ikut kata wikipedia: Fox Studios Australia is a major movie studio located in Sydney, Australia, occupying the site of the former Sydney Showground at Moore Park. Since opening in May 1998, the studio has been involved in the production of a number of blockbusters, including The Matrix, Moulin Rouge, Mission Impossible II, Star Wars Episode II, Star Wars Episode III and Superman Returns. Cam hebat je bunyinye kan...


Balik dari Fox Studio, berjalan pulak ke Watson Bay. Ingat nak jalan-jalan je, tapi disebabkan cuaca agak sejuk tak sejuk sangat, panas tak panas sangat, terus Iman Raziq dengan Iman Nuryasmin terbukak baju diorang sendirik dan berlari-lari ke tepian pantai. Hehe... Nyesal tak bawak baju mandi sekali, terpaksa la tengok diorang je mandi.



(Buang tebiat ke semayang dalam laut???)

Hari Ahad, kitorang berehat sambil berpiknik kat Centennial Park. Ramai sungguh orang hari ni. Mungkin sebab cuaca amat sesuai untuk berpiknik dan disebabkan nak masuk bulan Krismas ni, ramai yang dah bercuti.




Selalu banyak gamba Sal je, kali ni gambar teman pulak iye...



Tuesday, November 25, 2008

Aktiviti satu minggu

Disebabkan kekurangan masa untuk mengupdate blog nih (malas pun ade sebenarnye, hoho...), ni la cerita satu minggu yang dah berlaku kat sini.

Firstly, menyambut kedatangan tetamu dari Dunedin, sapa lagi iye... So, dapat la jugak bawak berjalan sikit-sikit kat area Sydney ni. Nak pergi jauh sikit, masa pulak takde. But what important is that my kids had lots of fun together with them, especially uncle Munir. These are some of the pictures taken while having some good times with our guests.


Secondly, last Sunday we went to Aimee's birthday party. Aimee is the daughter of Heike, Yasmin's principal at Hippo's Playschool. What suprising is that, they only invited Aimee's closest friends only. Meaning, anak aku kawan baik ngan anak omputih la weh... Since Heike is originally from Germany, we noticed that kebanyakan yang datang pon orang German. Di sebabkan bapak si Yasmin ni pakai baju Wallabees, as I step into the venue, one of the kids said to me, Wallabies is suck. Wallllaaaweeeh... Kuang hajaq punye budak. Aku pakai baju dia je, bukan sokong pon. So, again the kids had lots of fun.




Dengan Aimee...

Sunday, November 9, 2008

Newtown festival 2008

Hari minggu, kami sekeluarga berjalan ke Newtown. Mak aihhh... lautan manusia. Ini disebabkan Newton sedang mengadakan "Newtown Festival 2008" sempena 30 tahun kewujudannya. Kalau ikut kata emcee nye, jumlah pengunjung maybe more than 200,000. Kalau tolak kami berempat, takde la sampai 200,000 ye tak. hehe...

Apapun, kids enjoyed the most since ade huge kids fun area. Tapi kene hengat juge, they also provided more than 259++ stalls that sell soo many foods (banyak jugak halal food), souvenier, craft, dan lain-lain. Kire terluang la jugak masa hujung minggu dengan anak-anak. Teringat kat Malaysia dulu pun ade gak pesta macam ni kat Stadium Bukit Jalil. Okiess...


Lautan manusia tgh tengok konsert

Ibu ngan anak gadis tgh bershopping sakan

Shopping lagi

dan lagi...

Amboi seronotnye main

Thursday, November 6, 2008

Selamat lagi setahun

Alhamdulillah, annual review teman dah lepas. Semuanya berlaku hari Selasa lepas (4/11/08). Terima kasih kepada semua, terutama keluarga dan kawan-kawan yang memberi semangat dan perangsang kepada saya dan keluarga di sini.

Apapun, ni baru tahun pertama kami di perantauan. InsyaAllah, ada lebih kurang 3 tahun je lagi untuk menyiapkan PhD kami di sini. Buat kawan-kawan yang baru memulakan pengajian PhD, Salwati di Jerman, Azri di Swiss, Farid di New Zealand, Noris di UK, dan buat sume senior (jgn mare ek) yang terlebih dulu sambung PhD, semoga berjaya. Sama-sama la kita berjuang iye. Semangat cakap pasal PhD ni sebab baru lepas lulus review. Biasak ar.

Cite baru takde cume tak saba nak menyambut Raya Haji tahun ni di Malaysia, InsyaAllah...