Monday, August 10, 2009

long lost

Salam semua.

Blog ni dah lama menyepi. Disebabkan masalah kesihatan, banyak perkara yang dah berlaku dan akan berlaku. Blog ini akan dikekalkan, dan akan diupdate nanti.

Nama blog pon akan ditukar, bukan lagi life in Sydney, tapi life after Sydney. Tapi URL blog ni akan kekal ler.

Nanti saya akan updatekan masalah kesihatan saya dan seterusnya kehidupan selepas pulang.

Buat kawan-kawan semua, nantikan post baru di blog ini...

Wednesday, April 1, 2009

A visit to Canberra ACT

Last Saturday, we drove to Canberra ACT for two days weekend gateaway. It was an unforgettable holiday since this was the first time we drove more than 4 hours (290 km++) here in Australia. The journey was quite tiring but every moment was worth treasured .

Some breathtaking views during our journey to Canberra...very peaceful!


Astonishing sceneries at Cockington Green Garden...


The not-so-amazing National Dinasour Museum Canberra...yet very informative!

Gold Creek...


Australian Memorial War...



And many more important places such as the Malaysia High Commission, Parliament House, Telstra Tower, Questacon, Canberra Museum and Gallery, City Center, Sunday Market...

Juga tak ketinggalan... Kak Su (Suriyati), Abang Nadim, Danish and Damya. Thanks for their generousity & hospitality during our stay there.



Saturday, March 14, 2009

Nandos

Semalam, kitorang berempat pegi makan Nandos (yang halal tau) kat Brighton Le Sands. Alhamdulillah, habis selicin-licinnya kitorang makan. Burrrpppp...


Iman Raziq tengah kelaparan


Iman Nuryasmin pon tengah lapo


Mama Iman Raziq & Iman Nuryasmin pon tengah kelaparan. Sabo sabo...


Bukti yang mengatakan semua menu nye Halal iye...


Emmm... yum yum.


Bagi sama banyak tau... errrr... I nak lebih sikit buleh?


Dalam proses menjamah


Tu dia, sehingga menjilat jari. Biasaklah, orang melayu makan

Syukur Alhamdulillah, semuanya pulang dalam kekenyangan. InsyaAllah, ade rezeki lebey buleh datang lagik. Macam makan nandos kat Mines je rasenye.


Sunday, March 1, 2009

Wajah seiras...

Saja je membuang masa.... Jumpa kat myheritage.

Ish ish ish... Ghope Nadal tu ade kot rasenye. Hehehe. Agaknye kalau teman ke Palestine, mesti kene tembak dgn zionis sebab dia ingat teman ni ade ghope Mahmoud Abbas kot.

Kenal Jessica Simpson je. Yang lain tu, hehehehe... teman tak berape kenal artis hollywood nih.


Ok, back to reading...

Wednesday, February 25, 2009

Happy birthday...

Isnin lepas, 23 Feb 2009 genap lah 30 tahun isteri ku melihat dunia. Syukur Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ke hadhirat Ilahi kerana kami dipertemukan dan dapat bersama hingga ke hari ini.

Sebak, kerana kali ini tiada sambutan meriah yang dapat dipersembahkan. Hidup di perantauan cukup menguji kesabaran kita sekeluarga. Tiada kek untuk ditiup, tiada hadiah untuk diberikan, tiada apa yang dapat dipersembahkan... cuma... janji diriku dan anak-anak yang dirimu tidak akan dipersiakan. Janji ikatan kekeluargaan kita semua akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sedih, apabila melihat air mata berlinangan di hari bahagiamu. Sedih apabila mengenangkan keluarga jauh di tanah air. Sedih melihatkan rakan-rakan seperjuangan yang lain tiada di sisi. Namun, sedih itu digantikan dengan gelak ketawa Iman Raziq dan Iman Nuryasmin. Sedih itu digantikan dengan belaian manja dariku untukmu.

Bangga, melihatkan dirimu tabah di perantauan. Bangga apabila melihat anak-anak gembira di sisi mu. Bangga melihatkan dirimu gagah meneruskan hidup di kala kesusahan dan kepayahan serta kesunyian hidup di bumi asing.

Tiada apa yang dapat diucapkan, melainkan Selamat Hari Jadi untukmu Isteri ku dan ibu kepada anak-anak ku...

Sunday, February 8, 2009

Jalan-jalan cari kanggaroo

Salam semua. Semalam (Sabtu) macam biasa rutin setiap minggu, bangun pagi masak, basuh baju dan sidai baju. Tiba-tiba, Iman Nuryasmin nyanyi lagu "Welcome to the zoo", Iman Raziq plak balas you are a kanggaroo. Hahaha... kesian plak kat diorang.

So, without any planning, I asked Sal, Iman n Yasmin to dress up and get ready cause we are going to meet the kanggaroo baby. Yeay!!!
So, walaupun keadaan cuaca yang panas melampau, kitorang semua pun bertolak ke Featherdale Wilflife Park. Next guest after this, get ready to feed the kanggaroos. Daaa...

Pintu masuk...

Beruang Koala... tido je kejenye

Hahahaha... makan pakai tangan encik kanggaroo ni. Orang melayu ke deme nih?

Awat baby hang nyorok dalam poket tu?