Isnin lepas, 23 Feb 2009 genap lah 30 tahun isteri ku melihat dunia. Syukur Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ke hadhirat Ilahi kerana kami dipertemukan dan dapat bersama hingga ke hari ini.
Sebak, kerana kali ini tiada sambutan meriah yang dapat dipersembahkan. Hidup di perantauan cukup menguji kesabaran kita sekeluarga. Tiada kek untuk ditiup, tiada hadiah untuk diberikan, tiada apa yang dapat dipersembahkan... cuma... janji diriku dan anak-anak yang dirimu tidak akan dipersiakan. Janji ikatan kekeluargaan kita semua akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sedih, apabila melihat air mata berlinangan di hari bahagiamu. Sedih apabila mengenangkan keluarga jauh di tanah air. Sedih melihatkan rakan-rakan seperjuangan yang lain tiada di sisi. Namun, sedih itu digantikan dengan gelak ketawa Iman Raziq dan Iman Nuryasmin. Sedih itu digantikan dengan belaian manja dariku untukmu.
Bangga, melihatkan dirimu tabah di perantauan. Bangga apabila melihat anak-anak gembira di sisi mu. Bangga melihatkan dirimu gagah meneruskan hidup di kala kesusahan dan kepayahan serta kesunyian hidup di bumi asing.
Tiada apa yang dapat diucapkan, melainkan Selamat Hari Jadi untukmu Isteri ku dan ibu kepada anak-anak ku...