Saturday, March 14, 2009

Nandos

Semalam, kitorang berempat pegi makan Nandos (yang halal tau) kat Brighton Le Sands. Alhamdulillah, habis selicin-licinnya kitorang makan. Burrrpppp...


Iman Raziq tengah kelaparan


Iman Nuryasmin pon tengah lapo


Mama Iman Raziq & Iman Nuryasmin pon tengah kelaparan. Sabo sabo...


Bukti yang mengatakan semua menu nye Halal iye...


Emmm... yum yum.


Bagi sama banyak tau... errrr... I nak lebih sikit buleh?


Dalam proses menjamah


Tu dia, sehingga menjilat jari. Biasaklah, orang melayu makan

Syukur Alhamdulillah, semuanya pulang dalam kekenyangan. InsyaAllah, ade rezeki lebey buleh datang lagik. Macam makan nandos kat Mines je rasenye.


Sunday, March 1, 2009

Wajah seiras...

Saja je membuang masa.... Jumpa kat myheritage.

Ish ish ish... Ghope Nadal tu ade kot rasenye. Hehehe. Agaknye kalau teman ke Palestine, mesti kene tembak dgn zionis sebab dia ingat teman ni ade ghope Mahmoud Abbas kot.

Kenal Jessica Simpson je. Yang lain tu, hehehehe... teman tak berape kenal artis hollywood nih.


Ok, back to reading...

Wednesday, February 25, 2009

Happy birthday...

Isnin lepas, 23 Feb 2009 genap lah 30 tahun isteri ku melihat dunia. Syukur Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ke hadhirat Ilahi kerana kami dipertemukan dan dapat bersama hingga ke hari ini.

Sebak, kerana kali ini tiada sambutan meriah yang dapat dipersembahkan. Hidup di perantauan cukup menguji kesabaran kita sekeluarga. Tiada kek untuk ditiup, tiada hadiah untuk diberikan, tiada apa yang dapat dipersembahkan... cuma... janji diriku dan anak-anak yang dirimu tidak akan dipersiakan. Janji ikatan kekeluargaan kita semua akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sedih, apabila melihat air mata berlinangan di hari bahagiamu. Sedih apabila mengenangkan keluarga jauh di tanah air. Sedih melihatkan rakan-rakan seperjuangan yang lain tiada di sisi. Namun, sedih itu digantikan dengan gelak ketawa Iman Raziq dan Iman Nuryasmin. Sedih itu digantikan dengan belaian manja dariku untukmu.

Bangga, melihatkan dirimu tabah di perantauan. Bangga apabila melihat anak-anak gembira di sisi mu. Bangga melihatkan dirimu gagah meneruskan hidup di kala kesusahan dan kepayahan serta kesunyian hidup di bumi asing.

Tiada apa yang dapat diucapkan, melainkan Selamat Hari Jadi untukmu Isteri ku dan ibu kepada anak-anak ku...

Sunday, February 8, 2009

Jalan-jalan cari kanggaroo

Salam semua. Semalam (Sabtu) macam biasa rutin setiap minggu, bangun pagi masak, basuh baju dan sidai baju. Tiba-tiba, Iman Nuryasmin nyanyi lagu "Welcome to the zoo", Iman Raziq plak balas you are a kanggaroo. Hahaha... kesian plak kat diorang.

So, without any planning, I asked Sal, Iman n Yasmin to dress up and get ready cause we are going to meet the kanggaroo baby. Yeay!!!
So, walaupun keadaan cuaca yang panas melampau, kitorang semua pun bertolak ke Featherdale Wilflife Park. Next guest after this, get ready to feed the kanggaroos. Daaa...

Pintu masuk...

Beruang Koala... tido je kejenye

Hahahaha... makan pakai tangan encik kanggaroo ni. Orang melayu ke deme nih?

Awat baby hang nyorok dalam poket tu?


Friday, February 6, 2009

Tag oleh encik nabil

Sebenaqnye ni la first time teman kene tag. Tak berapa paham perihal tag mengetag nih. Tapi untuk membuang masa teman sekejap, nak bagi defrag sikit otak ni yang dah tak berapa betul, teman jawabla tag ni ek... tenkiu tu mr nabil.

1. Do you think you're hot?
Memang tengah panas sekarang ni, sebab tengah summer le katekan. Hari minggu ni more than 40 celcius katanye. Hohoho... Masa muda mudi belia remaja dulu, memang teman ni hot, ade ketul-ketul le katekan. Tapi, teman rase sekarang ni pon teman hot untuk isteri kesayangan teman.

2. Upload your favourite picture of you!



3. Why do you like that picture?
Sebab tak banyak gamba yang ade kitorang berempat. Dan gambar ni jugak membuktikan yang kasih sayang antara kitorang sangat kuat. Waaaaa katanye.

4. When is your last time you ate pizza?
Emmmm... rasanye hampir 4 bulan yang lepas. Beli piza kat 'golden pide kebab' kat Randwick. Yang besar adalah dalam AU$15. Ok la, 2 hari gak nak kene habiskan.

5. The last song you listened to?
Dah dekat setahun dengar lagu Anuar Zain je sebab tu je keset yang ade untuk dipasang dalam kereta. Pagi tadi lepas hantar Iman sekolah dengar lagu 'I'm the lucky one'. Lagu ni banyak kenangan terutama masa angah (adik sal) ngan achik datang bercuti kat sini. Sampai Iman pon cakap ni lagu pak ngah ni.

6. What are you doing right now beside this?
Tengah memahamkan diri dengan SimpleScalar. Sapa buleh tolong, hehehe.

7. What name do you prefer besides yours?
Sazly tu dah cukup istimewa. Cuba type Sazly kat Google, the whole first page tu Sazly sapa kalau bukan Sazly Anuar. Hehehe dengan riaknye teman ketawe.

People i tag:
(1) dlyn
(4) alpiyan

8. Who is number one?
Membe sekampung teman yob, kawan baik si Sal nih.

9. Number three is having relationship with?
Tak tau la dia baca blog ni ke tak. Ni sedara mara belah Sal nih. Dulu pernah beraya rumah dia, tapi tak berapa nak ingat.

10. Say something about number 5.
Dulu selalu beroperasi same-same kat bilik dia. Sekang ni dengar cite dah stop ek. Jangan la gitu geng.

11. How about number 4?
Dia ni sama mereng cam teman, buat PhD ke PhD yang buat dia. Hohoho... Sabo mat, gi mancing release tensen tu.

12. Who is number 2?
Membe baik ngan nombo 4. Selalu gi mancing ngan main tenis berdua. Tunggu je kepulangan teman, kite berjuang bersame-same.

Sunday, January 25, 2009

Lawan boling

Sabtu lepas, persatuan postgrad kat sini buat lawan bowling. Teringat masa zaman black tutor dulu, selalu main bowling time opis hour. hehe...

Anyway, me & Sal satu pasukan dengan Insan & Lia. Alhamdulillah, kitorang berjaya juga menduduki tempat ketiga berpasukan keseluruhan. Dalam acara individu pulak, hehe... bukan lah antara 3 terbaik, kalau tak dah tentu dah dapat hadiah ye tak. Namun, apa yang membanggakan, Iman Nuryasmin berjaya menjadi juara bagi kategori kanak-kanak dengan jatuhan pin sebanyak 109 gitu. Iman Raziq yang turut bertanding, walaupun berjaya mendapat 100 jatuhan pin, namun hanya mendapat hadiah saguhati je. Kategori kanak-kanak main satu game je, itupun pakai ramp.


Lepas main bowling, pegi makan kat 'Taste of Thai'. Tapi tak lalu sangat makan sebab banyak minum air jer. Panas beb... tengah summer nih, berpeluh tak hingat punye. Time panas kat sini tak lalu sangat makan, tapi kene minum air banyak. Iman Raziq ngan Iman Nuryasmin banyak la minum air putih, tapi mak ayahnye, banyak minum air berkarbonat gitu. Letak pulak ais... perghhh nikmatnye.

Wednesday, January 14, 2009

Sebulan menyepi

Alhamdulillah, sebulan bercuti di Malaysia merupakan tempoh yang paling bermakna sepanjang hidup di Sydney ni. Walaupun banyak keje yang nak kene buat (supervisor bagi le ni) namun cuti tetap cuti. Kesudahannya satu keroje pon tak terusik. Komputer lagi la, sebulan cuti, sebulan tutup komputer. Hehehe... Kepada kawan-kawan, sori la ek sebab tak update-update blog nih.

Banyak aktiviti yang kitorang buat. Tapi yang paling penting, ini lah masa untuk bersama dengan yang tersayang. Tahniah kepada adik Sal (Hasnulhadi) sebab melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya (Sham Zailina).


Ni ada la sikit gambar-gambar sepanjang percutian di Malaysia... Tak banyak sebab tengah bergembira sangat, gambar pon lupe ambik.